SHARE

Zul_AriffinAktor Zul Arifin tetap pertahan bekas kekasihnya, Abby Abadi , ketika pelbagai pihak mengkritiknya.

Zulkifli Ariffin, 28, berkata, sepanjang tiga tahun mereka menjalinkan hubungan cinta, Abby bukan seorang wanita seperti yang digambarkan.

Dia juga menepis tuduhan kononnya dia pernah mengalami nasib menjadi mangsa kekasaran Abby.

“Selama tiga tahun kami bercinta hubungan kami baik-baik sahaja dan dia bukan seorang wanita seperti mana didakwa,” katanya kepada mStar Online.

Sebelum ini, bekas suami Abby iaitu  Muhammad Noor Farhan Che Bakar , 24, mendakwa Abby, pernah mencederakannya dan disahkan bercerai pada 11 Jun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur setelah hampir setahun berkahwin.

Zul turut menyangkal dakwaan dia memutuskan hubungan dengan Abby kerana tidak tahan dikongkong oleh wanita berkenaan.
Perkara itu tidak pernah wujud dalam hubungan mereka sebelum ini selain dia tidak mahu mengungkit kisah lama.

“Tidak, itu tidak benar. Seperti saya katakan dia bukan seorang wanita yang begitu,” ujarnya.

Dia juga sentiasa mengharapkan yang terbaik buat Abby Abadi.

Artikel Berkaitan

BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here