SHARE

Gambaran yang diberikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menyatakan urusan kerja Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menjadi lebih sibuk April ini.

Ia memberi bayangan yang pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan diadakan selepas April ini.

“KDN akan mengadakan himpunan setiap bulan, bulan Mac mungkin lebih sibuk dan bulan April mungkin lebih sibuk sedikit lagi,” kata beliau dipetik Malaysia Gazette semasa himpunan bulanan KDN di Putrajaya hari ini.

Tarikh PRU14 menjadi isu utama yang diperkatakan orang ramai.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini pula memberi gambaran PRU14 mungkin diadakan sebelum 14 Julai tahun ini.

Artikel Berkaitan

BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here