SHARE

ANWAR IBRAHIM_SODOMY 2_VERDICTMahkamah persekutuan mendapati Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan serta memutuskan untuk mengekalkan hukuman penjara lima tahun terhadap beliau.

Ia diumumkan oleh panel lima hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria dan DS Anwar hari ini terus ke Penjara Sungai Buloh.

Berikut kenyataan terakhir DS Anwar sebelum ke penjara.

SAYA kekal dengan pendirian tidak bersalah ke atas pertuduhan jelek ini- insiden ini tidak pernah berlaku.

Ini merupakan satu fabrikasi lengkap yang terhasil daripada satu konspirasi politik untuk menamatkan kareer politik saya.

Kalian tidak langsung memberikan pertimbangan sewajarnya ke atas fakta kes yang diketengahkan oleh peguam saya sebermula hari pertama lagi – betapa insiden ini tidak pernah berlaku sama sekali.

Saya mampu memandang ke hadapan, tetapi melihat kepada kenyataan anda hari ini, nyata sekali ia sia-sia. Kelihatan seperti saya diperlekeh sekali lagi sebagaimana yang berlaku di Mahkamah Rayuan, dan ia terus dilakukan di sini selepas kami mengharungi ranjau perbicaraan selama 8 hari!

Bukan satu kebetulan bagaimana Pejabat Perdana Menteri mampu mengeluarkan kenyataan bertulis penuh atas keputusan kalian hanya beberapa minit selepas kalian menyampaikan penghakiman sebelum menjatuhkan hukuman.

Tatkala tunduk patuh pada perintah penguasa politik, kalian telah menjadi sebahagian daripada rakan kongsi dalam jenayah pembunuhan integriti dan kebebasan kehakiman. Kalian telah menggadaikan jiwa kalian kepada syaitan, menukarganti hati nurani kalian dengan keuntungan materialistik dan kesenangan serta jaminan jawatan.

Kalian mempunyai kesempatan terbaik untuk menebus kekhilafan – dengan memperbetulkan kesalahan masa lalu dan meletakkan kehakiman atas paksi yang benar serta mengukir nama kalian untuk anak-cucu kalian kenangi sebagai pembela keadilan yang sebenar-benarnya.

Akan tetapi kalian memilih untuk kekal di sisi gelap dan menenggelamkan moral kalian dalam kancah kepalsuan dan tipu muslihat. Apakah kalian tahu betapa kalian kini sedang bergelumang kekotoran dan penipuan lantas ketidakadilan tersebut akan menyelinap di setiap sudut Istana Kehakiman ini, dan saya bersimpati kepada kalian.

Benar, kalian telah menghakimi saya – dan saya akan, untuk ketiga kalinya, melangkah ke penjara, tapi ketahuilah yang saya sama sekali tidak akan tunduk. Cahaya kekal menyinari saya.

Tetapi kalian yang harus berasa malu tatkala kalian akan dinilai sejarah sebagai pengecut terulung atas nama kemanusiaan. Dengan kedudukan dan kuasa kehakiman yang tinggi, kalian membungkam begitu rendah untuk diperalat oleh penguasa politik.

Mahasiswa undang-undang dan kalangan professor jurispruden akan meneliti penghakiman kalian dan di saat mereka membedah alasan serta keputusan kalian, kredibiliti dan integriti kalian akan dicarik halus. Di saat itu kalian akan didedah sebagai perekayasa yang memakai jubah kehakiman hanya untuk memperlekeh keadilan.

Jangan sesekali kalian lupa, sebagaimana kita semua, kalian juga harus menjawab kepada Sang Pencipta. Kalian harus menjawab kenapa kalian berpaling daripada prinsip-prinsip yang telah kalian lafaz dan sumpah untuk ditegakkan.

Mereka yang datang ke kamar mahkamah perlu menunduk hormat dan memanggil kamu sebagai Yang Arif, tetapi tidakkah kamu tahu bahawa satu hari nanti kamu juga perlu menjawab kepada Yang Maha Arif? Di saat itu kamu memerlukan lebih daripada tunduk hormat untuk menghuraikan mengapa kamu dengan sengaja melanggar perintah Allah melalui Ayat 58 Surah An-Nisa.

Melangkah ke penjara, saya anggap sebagai satu pengorbanan buat rakyat Negara ini Saya telah berjuang hampir seluruh kehidupan saya demi rakyat Negara ini – dan demi rakyat jugalah saya bersedia untuk ke penjara dan menghadapi sebarang bentuk akibat.

Perjuangan saya akan diteruskan, ke mana saja saya dihantar dan apa jua yang diperlakukan ke atas saya.

Kepada sekalian sahabat dan rakyat Malaysia, izinkan saya merakamkan penghargaan jauh dari sanubari saya atas setiap dokongan yang telah diberikan. ALLAH SWT menjadi saksi, saya berjanji tidak akan didiamkan, saya akan berjuang untuk kebebasan dan keadilan dan saya tidak akan menyerah!

ANWAR IBRAHIM
10 FEBRUARI 2015

*Ini adalah catatan terakhir Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ke penjara.

Anwar_ke_Penjara1Berikut kenyataan Datin Wan Azizah, yang terpaksa menghadapi lagi ujian yang begitu berat ke atas keluarganya.

“Alhamdulillah, ini salah satu daripada perjuangan kami, mungkin sedikit pengorbanan daripada saya, anak-anak dan cucu.

“Anwar pesan supaya terus tabah.

“Saya tidak kata yang kami kuat tetapi kami mendapat kekuatan daripada rakyat dan sokongan.”

Sementara itu, kesedihan yang begitu dirasai anak sulung DS Anwar, Nurul Izzah.

“Ya kami rasa amat sedih … tetapi kami pastinya akan meneruskan perjuangan kami.”

Semoga Datin Seri Wan Azizah dan keluarga tabah serta sabar menghadapi ujian ini lagi.

Sesungguhnya perjuangan PR masih jauh serta PR pasti akan tawan Putrajaya pada PRU-14 nanti.

Artikel Berkaitan

7 KOMEN

  1. jika penghakiman itu adalah salah..semoga Allah hukum kelima lima hakim itu dengan serangan angin ahmar dan terlantar dengan lior meleleh selama 10 tahun sebelum mati…..amin

  2. Ingatlah ada lagi mahkamah yg lebih tinggi diakhirat nanti,selagi tidak dibicara secara islam saya tetap anggap Datok Seri Amwar tak bersalah semuga Allah mengganda ganda pahala Datok dan diberi kekuatan pada ahli keluarganya…amiin

  3. kekuatan sekarang doa..kpd yg merasa DSAI teraniaya solat hajat kpd Allah Dialah tempat kita mohon segala pertolongan,lagi2 yg berada di Mekah dan Madinah,jika berjuta org memohon pasti Allah mendengar nya..tinggal lambat atau cepat Allah nak beri.Kepada yg tak suka DSAI saya mohon sudah2 mencaci dan mengantuk,nasihat sesama Agama ,setidak tidak nya anda tak perlu jumpa dia mohon maaf di padang Mahsyar.

  4. Doa orang yg dizalimi makbul….semuga DSAI tabah n mmanjatkan doa kpd yg MAHA BERKUASA….kita yg lemah ni jgnlah nak mengutuk / mncaci….d akhirat nnt mnjadi muflis….

  5. Kalau anuar rasa dia tak bersalah, kenapa tak buat sumpah macam si saiful tu buat depan kaabah. Takkan itu pun anuar tak tahu….orang-orang abim kan tau apa nak buat sekiranya kita teraniaya..pikir la

  6. Disebalik pemenjaraan Anwar tentunya soal moral tak boleh kita ketepikan begitu saja. Sebagai umat islam kita wajib mengambil kira kenapa beliau telah dicanang sedemekian lama dengan pertuduhan liwat bersiri ini, seolah-olah nilai moral itu tidak kita titikberatkan lantaran menghebuhkan kesegenap pelusuk nusantara. Perlukah kita pertikaikan kenapa beliau tak bersumpah dan menjadikan sumpah itu sebagai penafian dari perbuatannya? Apakah sumpah itu satu kemestian dalam ciri-ciri islam sebenar? Yang nyata adalah pergolakkan politik yang penuh dengan maksud jahat untuk menjatuhkan seseorang. Kesan dari perbuatan itu ialah hukuman dari Allah swt saja yang bakal mereka hadapi kerana perbuatan hina mereka dalam memusnahkan kehidupan orang lain dan tidaklah mustahil didunia juga merekan akan sengsara dan azab.

  7. Semestinya Istana kehakiman tidak samasakali bergelumang dengan dasar ketuanan dalam politik masa ini,. Apakah sumpah lantikan jawatan para Hakim dengan sememangnya dipermainkan??,..ingatlah kelian jua tidak ketinggalan satu hari nanti akan diHakimi oleh Mahkamah Agong dan yg maha Arif,..

BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here