SHARE

Susulan gambar anggota unit ronda dari IPD Segamat yang tersebar sebelum ini.

“Itu bukan saya”, kata seorang wanita dengan nama samaran Bebyluerena di Instagram. Wanita dengan panggilan ‘Beby’ itu menafikan dirinya adalah wanita seksi dalam gambar di mana tangannya dipegang oleh anggota polis yang tular di media sosia sejak dua hari lalu.

Menurutnya, dia sekadar memuat naik gambar itu di laman Instagramnya untuk suka-suka namun tidak menyangka disalah anggap itu adalah dirinya.

“Sebenarnya, wanita itu bukan saya. Sebab ramai sangat kawan-kawan yang menghubungi saya melalui WhatsApp dan WeChat bertanya adakah itu saya? Maaf, saya bukan wanita dalam gambar tersebut. Itu saja,” katanya.

Walaupun mendapat kecaman dan ‘nasihat’ netizen, wanita berkenaan yang masih lagi mengekalkan gambar tersebut di Instagramnya.

Laporan Harian Metro sebelum ini menyebut, dua anggota berkenaan difahamkan sedang melakukan rondaan cegah jenayah di sekitar bandar Segamat sebelum didatangi wanita berpakaian seksi dipercayai warga asing.

Dalam masa yang sama, salah seorang daripada rakan wanita itu merakam gambar tersebut sebelum dimuat naik dan tersebar di media sosial, mencetuskan pelbagai reaksi netizen.

Kejadian itu merupakan kes kedua yang membabitkan anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) Johor yang dikenakan tindakan tatatertib selepas tujuh anggta termasuk pegawai IPD Muar ditukarkan ke IPK Johor semalam selepas video viral yang mendakwa mereka berada di satu pusat hiburan bersama tauke mesin judi di Muar.

Artikel Berkaitan

BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here