Wanita hati-hati!! Ada lelaki miang intai guna kamera dalam kasut

Ingatan khas untuk golongan wanita. Ini kerana kini ada lelaki miang mengintai menggunakan kamera digital yang diletakkan di dalam kasut.

Seperti dilaporkan Free Malaysia Today, seorang lelaki 39 tahun bernasib malang apabila dibelasah orang ramai selepas didapati mengintai dalam kain seorang wanita dengan menggunakan kamera digital kecil yang diletakkan di kasut dan disambung terus kepada telefon pintar Iphone 6 miliknya.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Mohd Rozi Jidin, mangsa tidak menyedari perlakuan tidak senonoh suspek yang meletakkan kakinya ke bawah kain suspek ketika berada berhampiran sebuah gerai menjual kuih sehinggalah dia diberitahu perkara itu oleh orang ramai.

Orang ramai yang melihat kejadian itu bertindak memukul suspek, selepas mendapati kasutnya mempunyai kamera digital yang boleh merakam video secara langsung yang bersambung dengan Iphone 6 miliknya.

Suspek yang bekerja sebagai pembantu operasi di sebuah syarikat kini ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 294 dan 509 Kanun Keseksaan.

Komen Anda

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *