Video_ZamaniPenyebaran video Zamani yang diarah menyanyi semasa ditahan mendapat kecaman begitu hebat di media sosial.

Pengarah dan pelakon Afdlin Shauki juga tak terkecuali membuat kecaman tentang perkara tersebut yang dianggap beliau sangat jijik.

Tulis Afdlin di akaun Facebook beliau,

“Assalammualaikum. Pagi ni saya dapat video seorang penyanyi dalam keadaan bergari dan disuruh menyanyi dalam tahanan.

“Mula-mula sekali saya nak berkongsi betapa hampanya saya yang akhlak kita di zaman ini sudah merosot ke tahap yg sangat menyedihkan.

“Saya rasa sangat jijik dengan perangai orang yang mengaibkan beliau dengan merakamkan atau menyuruhnya menyanyi sambil mengambil video.”

“Saya ada hormat yang paling tinggi untuk pihak polis yang banyak membantu menjaga keamanan negara selama ini.

“Tapi kalau ada anggota PDRM yang berperangai sampai begini saya minta dia diambil tindakan dan dihentikan serta-merta.

“Walaupun artis berkenaa telah ditahan, ingat-ingatlah kita ada agama yang menghalang kita daripada melakukan sebegini sesama manusia,” tulisnya lagi.

Artikel Berkaitan

BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here