Seorang wanita tampil membuat laporan polis susulan rakaman video memaparkan dia memukul, mengherdik dan mengheret seorang kanak-kanak dipercayai anaknya tular di laman sosial, sejak kelmarin.

Laporan polis dibuat wanita itu, yang tidak didedahkan namanya dimuat naik di laman Facebook Komuniti Kuantan pada Rabu oleh seorang pengguna Facebook bernama Mohamad Baginda, mendakwa bapa saudara kepada mangsa.

Berdasarkan laporan polis, wanita itu memaklumkan dia menyedari bahawa video tersebut tersebar di laman sosial selepas diberitahu oleh rakannya, kira-kira jam 12 tengah hari, semalam ketika berada di Kuantan Parade.

Wanita itu yang mendakwa bekerja sebagai Timbalan Pengarah di sebuah jabatan mempertahankan tindakan dia memukul anaknya, dengan alasan mahu memberi pengajaran kepada mangsa.

“Saya memukul anak saya dengan niat mengajarnya kerana anak bermain dengan anjing dan bermain seorang diri di tempat yang jauh dari jagaan saya.

“Saya datang ke balai buat laporan untuk ambil tindakan ke atas individu yang telah menviralkan video tersebut,” demikian menurut wanita itu dalam laporannya.

Sementara Mohamad Baginda mendakwa insiden anak saudaranya dipukul oleh wanita itu, yang merupakan bekas adik iparnya bukan kali pertama berlaku.

Namun, katanya hasil perbincangan dengan pihak keluarga, mereka sepakat untuk tidak membuat laporan polis berhubung laporan yang dibuat wanita itu.

“Salahkan bagi seorang bapa saudara dalam situasi ini, dan video itu dikongsi oleh kawan isteri saya yang berada di tempat kejadian.

“InsyaAllah, Allah akan membalas semua yang anda lakukan, tidak di sini mungkin di akhirat kelak. Dia pernah mengugut untuk mencederakan ibu mertua saya,” dakwa lelaki itu.

Dakwanya lagi, laporan yang dibuat wanita itu boleh dianggap palsu dipercayai kerana menipu maklumat pekerjaan yang tertera sebagai timbalan pengarah. – mD

Artikel Berkaitan

BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here