SHARE

Kesudahan yang menimpa pelagak ngeri terkenal China yang dilaporkan menemui ajal setelah terjatuh dari bangunan setinggi 62 tingkat.

Mayatnya ditemui pembersih tingkap bangunan terbabit dan sumber mempercayai dia terjatuh dari tingkat 45 bangunan itu.

Ia susulan penemuan kamera Yongning yang diletakkan di bangunan bersebelahan untuk merakam aksi dirinya.

Wu Yongning, 26, dirakam beraksi dan apabila berusaha untuk memanjat semula, tiba-tiba cengkaman tangan terlepas menyebabkan dia terjatuh.

Yongning telah meninggal dunia pada 8 November lalu tetapi kematiannya hanya disahkan oleh ahli keluarga pada 8 Disember. Peminatnya beranggapan suatu perkara buruk telah berlaku kerana selepas sebulan tiada video dimuatnaik ke akaun media sosialnya.

Dengan kerjaya sebagai seorang ahli seni pertahanan diri dan gemar mengimbangi diri di atas tali antara dua bangunan tinggi, Yongning meraih hampir satu juta orang pengikut di akaun media sosialnya.


Yongning sempat mengingatkan para pengikutnya supaya tidak meniru aksi ngeri yang dilakukannya pada video terakhir itu.

Sementara itu, pihak berkuasa tempatan menyifatkan ia sebagai kemalangan dan belaku secara tidak disengajakan.

Artikel Berkaitan

BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here