SHARE

Sebuah klip video 9 saat yang menunjukkan sekumpulan 7 individu didakwa pegawai dan anggota polis dari Unit D7 Ibu Pejabat Polis Daerah Muar sedang berhibur bersama tauke judi haram tersebar. Kejadian didakwa berlaku di sebuah pusat hiburan yang terletak di Pusat Perniagaan Bakri.

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd, seorang pegawai dan 6 anggota polis tersebut sudah ditukarkan ke jabatan lain sementara menunggu tindakan susulan.

Sebelum ini Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendakwa mempunyai bukti seorang pegawai tinggi polis di Johor membantu tauke judi.

“Kita yakin, tak perlu tipu dan rakyat sendiri tahu banyak pusat perjudian di Malaysia ‘dipayung’ oleh polis. Dan polis makan ‘paw’,” kata Halim merujuk istilah jalanan untuk “rasuah”, dalam program PPIM dirakamkan pada 23 September lalu.

“Di Kluang , semua orang tahu berapa besar, berapa banyak pusat perjudian haram?” katanya.

Artikel Berkaitan

BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here