Video – Kekecohan Forum Nothing to Hide

Kekecohan yang tercetus ketika pada forum Nothing to Hide 2.0 di Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor petang tadi. Ia berlaku semasa Tun Dr Mahathir Mohamad menjawab soalan berkaitan tragedi Memali yang berlaku ketika beliau menjadi perdana menteri.

Sekumpulan peserta yang tidak berpuas hati dengan penjelasan beliau secara tiba-tiba membaling kasut dan disusuli dengan suar, kerusi dan botol air ke arah pentas khas tempat Dr Mahathir berada.

Dua bom asap turut dilemparkan ke atas peserta, sekali gus mencetuskan ‘cahaya api’ berwarna kuning merah.

Kejadian berlaku sekitar 5.30 petang, kira-kira 2 jam selepas program bermula.

Sebelum itu, program berjalan lancar hampir sejam setengah.


Artikel Berkaitan

Apa Kata Anda

One thought on “Video – Kekecohan Forum Nothing to Hide

  1. Masa zaman Mahathir rusuhan dan gangguan dituju pada Parti Pembangkang dan dalang nye Anjing anjing belaan Parti Umno.Dari Zaman mahathir lagi Parti Pembangkang sering diganggu.kini tiba giliran Mahathir pula yang kena.Najib hanye menyambung legasi Mahathir

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *