Video seorang kanak-kanak lelaki dilanggar sebuah kereta dan hanya diperhatikan oleh seorang wanita berhampiran tanpa berbuat apa-apa viral di media sosial.

Dalam kejadian yang berlaku di China itu, mangsa dilihat sedang mencangkung di jalan raya sebelum dilanggar oleh pemandu yang tidak menyedari kehadirannya di situ.

Semasa kejadian itu berlaku, seorang wanita yang sedang mendukung anaknya berhampiran dengan mangsa hanya melihat kanak-kanak itu dilanggar dan terperosok bawah kereta tanpa mengambil sebarang usaha untuk menghentikan kereta itu dari terus bergerak.

Malah selepas kereta itu berlalu, wanita terbabit masih kaku mahupun memeriksa keadaan mangsa, sebelum dua wanita yang lain datang menyelamatkan mangsa dan salah seorangnya menghalang pemandu kereta itu dari terus pergi.

Terkejut dengan kejadian yang menimpa mangsa, pemandu berkenaan terus membawa mangsa ke hospital berhampiran.

Namun agak bernasib baik, doktor mendapati mangsa hanya mengalami kecederaan ringan sahaja.

Sementara itu, ibu mangsa mengkritik tindakan wanita itu yang hanya berdiri kaku tanpa membantu anaknya. Katanya, jika wanita terbabit bertindak pantas, kemalangan yang melibatkan anaknya itu dapat dielakkan.

BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here