Kelayakan Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja), Dr. Zamihan Mat Zin selaku pakar pulih pengganas tidak perlu dipertikaikan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengetahui apa Dr. Zamihan lakukan untuk kebaikan tahanan dan Dr Maza tidak layak untuk mempertikaikannya, kata Datuk Mustapha Yaakub, Setiausaha Veteran UMNO Malaysia.

Tegasnya, Dr. Maza sendiri seorang pelampau agama.

“Berbeza dengan Dr. Zamihan yang berusaha memulihkan ‘pelampau’ dan terbukti telah berjaya berbanding dengan Dr. Maza yang ternyata merosakkan akidah orang Islam dengan fahamannya bertentangan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah,” kata dipetik Malaysiagazette.

Sebelum ini, Dr Maza mempertikaikan peranan, tanpa menyebut nama jurupulih akidah anggota kumpulan pengganas di penjara.

“Saya nasihatkan Dr. Maza, baik tutup mulut dan berhenti daripada terus mengeluarkan kenyataan dalam hal tidak ada kaitan dengan bidangnya sebagai mufti. Biarlah orang yang tahu dan pakar dalam pemulihan militan sahaja bercakap serta mengulas dalam bidang mereka.

“Dr. Maza juga secara jelas jahil dengan kerja pemulihan tahanan kerana beliau sendiri penyumbang kepada kumpulan pelampau yang suka membidaahkan orang lain yang tidak sealiran dengannya.

“Jagalah akhlak dan kedudukan kamu sebagai mufti supaya tidak merosakkan imej Islam, daripada menjadi seorang manusia yang suka mengadu domba, selain menimbulkan kebencian sesama ummah yang akhirnya membawa kepada perpecahan umat Islam kerana agenda peribadi,” ujarnya.

Artikel Berkaitan

BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here