SHARE

Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terlibat dalam kerugian Bank Negara Malaysia 30 tahun lalu, sedang disiasat kerana pecah amanah, kata polis hari ini.

Kedua-duanya dipetik dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja yang dibentangkan di Parlimen awal minggu ini.

Menurut SuaraTV yang memetik laporan Malaysia Today, Ketua Polis Negara, Mohamad Fuzi Harun berkata tidak akan ada rangka masa untuk siasatan – di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan – yang membabitkan pecah amanah oleh penjawat awam.

Ia membawa hukuman maksimum 20 tahun jika didapati bersalah, dengan sebatan dan denda, yang akan ditentukan oleh mahkamah.

“Siasatan sedang dijalankan. Masih terlalu awal untuk memberi ulasan. Saya tidak mahu terburu-buru,” kata Fuzi kepada pemberita di Pusat Latihan Polis Malaysia di Kuala Lumpur hari ini.

“Kami akan mengambil sebanyak masa yang diperlukan. Sekiranya tidak ada banyak saksi, maka siasatan mungkin dapat diselesaikan lebih awal.”

Setiausaha Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Dr Yusof Ismail membuat laporan polis di Putrajaya  Khamis lalu berdasarkan penemuan suruhanjaya itu, yang menyalahkan Dr Mahathir, Anwar dan tokoh-tokoh lain akibat kerugian berbilion ringgit dalam urusniaga forex lebih dua dekad lalu.

Polis bingkas menubuhkan sebuah pasukan khas berikutan laporan itu.

Menurut RCI Bank Negara Malaysia mencatatkan kerugian akibat forex sebanyak RM31.5 bilion antara tahun 1992 dan 1994.

Dr Mahathir dan Anwar juga dipersalahkan yang mana menurut RCI, mereka boleh disiasat atas niat yang sama atau bersubahat.

Ia juga membuat kesimpulan bahawa kerugian itu melibatkan pecah amanah di pihak Nor Mohamed Yakcop, penasihat bank pusat yang bertanggungjawab bagi portfolio forex pada masa itu.

Tokoh-tokoh lain yang disarankan oleh RCI untuk disiasat ialah bekas Timbalan Gabenor Lin See Yan, lembaga pengarah BNM, dan pegawai dari Jabatan Audit Negara dan Kementerian Kewangan.

Dr Mahathir juga akan memfailkan semakan kehakiman untuk menyekat laporan RCI sekiranya panel enggan untuk memasukkan penyerahan dokumen bertulisnya dan dokumen undang-undang lain sebanyak 495 muka surat.

Artikel Berkaitan

1 KOMEN

  1. Ada berani ke mereka nak tangkap dan penjarkan Tun Mahadir…..?????
    Elok-elok boleh menang 2-3 kerusi Parlimen, terus habis semua. Jadi pembangkang pun
    tak mampu!!!!!!

BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here