SHARE

Tragedi baling kerusi pejabat dari tingkat atas PPR Seri Pantai, Pantai Dalam Isnin lalu yang menyebabkan seorang remaja maut serta-merta di tempat kejadian begitu menyayat hati.

Ibu mangsa, Kasthuribai Sattayappan, 45 tahun menceritakan kembali bagaimana anaknya, S. Sathirawan, 15 tahun menerima hentakan kerusi tersebut.

“Sebaik berpusing sahaja, otak dia jatuh dalam tangan saya. Saya hanya mampu menjerit meminta tolong walaupun tiada siapa yang mahu tolong…”

“Ketika itulah otaknya terburai. Saya tadah dengan kedua belah tangan. Anak memandang muka saya tepat tapi kosong. Dia kemudian rebah di depan mata saya lalu saya menjerit meminta tolong,” kata dipetik Astro AWANI.

Kasthuribai berkata sebelum itu dia menemani anaknya untuk membeli kad tambah nilai telefon.

“Saya menemani Sathirawan untuk membeli kad tambah nilai, namun tiada. Kemudian dia menuju ke arah saya di hadapan lif dan tanpa diduga sebuah kerusi jatuh tepat ke atas kepala dia.”

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Ruslan Khalid mengesahkan kejadian tersebut dan kini disiasat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan

BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here