Tolak Calon PRU Kahwin Dua – Ibrahim Ali

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali menggesa pengundi menolak calon pilihan raya umum (PRU) yang berpoligami kerana didakwa sibuk hal peribadi sendiri.

Dakwanya calon seperti ini tidak memikirkan kepentingan rakyat, lapor Utusan Online.

“Bagi saya, soal peribadi calon perlu diambil serius oleh rakyat pada pilihan raya dan bukan hanya melihat kepada lambang atau parti sahaja.

“Nak pilih pemimpin, biarlah mereka yang cakna dan sanggup mengorbankan masa pada rakyat,” katanya selepas majlis bersama penduduk di Pengkalan Pasir hari ini.

Artikel Berkaitan

Apa Kata Anda

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *