Polis_TidurDua anggota polis dikenakan tindakan selepas tersebar gambar mereka sedang tidur di Balai Polis Komuniti Mak Mandin, Butterworth tersebar sejak semalam.

Pihak polis membuka kertas siasatan tatatertib untuk tindakan disiplin, kata Datuk Abdul Rahim Hanafi, Ketua Polis Pulau Pinang.

“Sementara menunggu siasatan dan keputusan tindakan disiplin, dua anggota itu diarah bertukar dalam tempoh 24 jam ke Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara (SPU).

“Saya memandang serius perkara itu dan tindakan tegas akan diambil,” katanya dipetik Bernama.

BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here