Thaqif Meninggal Akibat Kencing Tikus, “Tak Masuk Akal. Saya Tidak Boleh Terima” – Ibu

Kencing TikusLaporan bedah siasat Kementerian Kesihatan yang diumumkan hari ini menjelaskan punca kematian pelajar tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi adalah disebabkan leptospirosis atau kencing tikus dan bukannya trauma daripada pukulan.

Jangkitan pada kulit dan darah berlaku sebelum Thaqif sebelum meninggal dunia.

Namun begitu, ibu kepada pelajar itu, Felda Wani Ahmad menolak laporan tersebut. Beliau kecewa dengan keputusan bedah siasat dan mempersoalkan pihak hospital kenapa perlu memotong kaki anaknya jika betul Thaqif dijangkiti kencing tikus yang boleh dikesan dengan awal.

“Secara logik, kalau kencing tikus, kenapa nak potong kaki? Saya nak tanya kenapa nak potong kaki anak saya kalau kencing tikus. Kencing tikus mesti kesan awal. Paling lewat 1 atau 2 minggu, macam kes di Kelantan baru-baru ini.

“Saya ni cikgu, tidak payah manipulasi yang bukan-bukan. Saya memang terkilan. Daripada arwah (Thaqif) masuk hospital, doktor kata tak tahu kuman apa. Ini tiba-tiba beritahu kencing tikus, tak masuk akal. Saya tidak boleh terima,” katanya kepada Free Malaysia Today.

Malah Felda Wani turut kecewa dengan Kementerian Kesihatan yang didakwa tidak memaklumkan secara terus hasil bedah siasat Thaqif kepadanya.

“Saya terkilan sangat, kita keluarga tidak tahu. Kami hanya dapat tahu daripada wartawan hari ini mengenai apa yang ketua pengarah kesihatan beritahu.

“Kalau nak beritahu wartawan tak ada masalah, tetapi terkilan tak beritahu kami. Masa nak potong kaki, tangan, tentang perubatan pandai pula telefon keluarga.

“Kenapa nak umum hasil keputusan itu tanpa beritahu kami. Sekurang-kurangnya telefon. Saya terkilan dan terperanjat,” katanya yang sudah menghubungi peguam untuk mendapatkan laporan penuh hasil bedah siasat Thaqif.

“Sekarang dah rujuk peguam dan peguam akan buat surat minta laporan perubatan penuh. Nak tahu dari awal sebelum potong kaki,” katanya.

Komen Anda

2 thoughts on “Thaqif Meninggal Akibat Kencing Tikus, “Tak Masuk Akal. Saya Tidak Boleh Terima” – Ibu

  1. saya setuju pakai peguam untuk keadilan dan supaya semua pihak berhati2 dlm tugas dan tggjwb atau rutin harian kita,,, bukan pakai hentam sahaja… ADA FAHAM KE

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *