Tekanan Darah TinggiSekiranya had sebelum ini 140/90 namun kini Persatuan Jantung Amerika (AHA) mendefinisikan semula had tekanan darah tinggi ialah 130/80 mm Hg. Sekiranya mencapai had itu, rawatan segera diperlukan.

Para doktor kini menyedari bahawa komplikasi “boleh berlaku pada bacaan nombor yang lebih rendah,”

Menurut mStar yang memetik laporan AFP, kemas kini pertama garis panduan komprehensif Amerika Syarikat (AS)mengenai pengesanan dan rawatan tekanan darah sejak 2003.

Diagnosis tekanan darah tinggi baharu tidak semestinya bermakna seseorang itu perlu mengambil ubat, kata Paul Whelton, penulis utama panduan jurnal AHA, hipertensi dan Jurnal Kolej Amerika Kardiologi.

“Ini adalah amaran bahawa anda perlu menurunkan tekanan darah, terutamanya bukan dengan menggunakan ubat-ubatan”,” katanya.

Perubahan gaya hidup sihat diperlukan termasuk menurunkan berat badan, bersenam lebih kerap, pengambilan makanan sihat, mengelakkan alkohol dan garam, berhenti merokok serta mengelakkan tekanan.

Piawaian baharu ini bermakna hampir separuh (46 peratus) penduduk AS akan ditakrifkan sebagai mempunyai tekanan darah tinggi.

Had normal untuk tekanan darah adalah pada 120 (sistolik) atau berapa banyak tekanan darah di dinding arteri apabila jantung berdegup, dan 80 (diastolik) yang diukur di antara denyutan nadi.

Artikel Berkaitan

BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here