Terbaik dari anak TG Nik Aziz

Nik_OmarPendekatan yang diutarakan anak TG Nik Aziz, Nik Omar Nik Aziz terhadap DAP dan PR dilihat berbeza dengan Nik Abduh. Nik Omar berpegang kepada nasihat bapanya Nik Aziz. Laporan dari The Malaysian Insider.

Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) seharusnya kembali kepada pendekatan yang ditinggalkan bekas mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam usaha menyelamatkan gabungan pembangkang dan menumbangkan Barisan Nasional (BN), kata Nik Omar Nik Aziz.

Anak bekas menteri besar Kelantan itu berkata, arwah bapanya sering mengingatkan, segala permasalahan perlu dibawa ke meja rundingan dan pemimpin PAS seharusnya memulakan inisiatif itu.

“Cara nak selesai, lebih baik melalui meja rundingan. Dalam PR ada Majlis Presiden, di sinilah ruang terbaik.

“Saya rasa parti PAS yang mesti memulakan inisiatif langkah terbaik, bincang secara teliti, ikhlas supaya dapat dikekalkan PR, sebab itu pendekatan Tok Guru,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Nik Omar berkata, ayahnya terlalu sayangkan ikatan sesama parti dalam PR melebihi kasih sayang kepada anaknya sendiri kerana sedar PAS tidak akan dapat mentadbir negara sendirian.

Katanya, Nik Aziz sedar landskap politik Malaysia memperlihatkan PAS perlu bersama sekutunya – PKR dan DAP – dalam usaha untuk menumbangkan kerajaan BN.

“Macam mana pun, kita kena terima, PAS ini parti politik, kita nak bezakan politik yang PAS nak bawa dengan lawannya, Umno, yang berasaskan kebangsaan dan sekular.

“Apabila politik, kita kena fikir akhirnya kita mahu undi. Di Malaysia, Allah buat ketentuan masyarakat majmuk dan agama pelbagai. Kalau kita fokus pada satu bangsa sahaja, dari segi logiknya agak sukar kita nak dapat kuasa.

“Dari situlah yang saya faham, Tok Guru beri perhatian serius kepada Islam dan bukan Islam. Selain untuk dakwah, Tok Guru lihat jangka masa panjang, dia juga tengok melalui undi tadi,” katanya.

Mengulas hasrat PAS memutuskan hubungan dengan DAP seperti yang dipersetujui semasa muktamar parti itu awal bulan ini, Nik Omar berkata beliau menghormati Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagaimana menghormati ayahnya sendiri, namun mengakui pendekatan presiden PAS itu berbeza dengan ayahnya.

Katanya, Nik Aziz jelas menunjukkan bagaimana akhlak pemimpin Islam yang sepatutnya untuk mendekati DAP bagi menghasilkan kejayaan dalam hubungan PR.

“Kalau kita berbaik melalui perbincangan, hormat-menghormati, ziarah-menziarahi, guna saluran perbincangan yang betul sebagaimana Tok Guru tunjuk dulu, mungkin suasana agak berbeza sikit.

“Kalau tanya saya secara peribadi, saya lebih suka kita masih ada ruang (untuk berbaik dengan DAP) sebab kita tahu DAP ini 90% pimpinannya bukan Islam.

“Kalau mereka tunjuk akhlak yang tidak sesuai dengan kita orang Islam, padanlah, sebab dia bukan Islam. Kita sendiri lebih sesuai tunjuk pendekatan Islam bagaimana,” katanya.

Seterusnya apa yang diutarakan anak kepada Datuk Fadzil Mohd Noor di TMI

Komen Anda

One thought on “Terbaik dari anak TG Nik Aziz

  1. mana lebih teruk dihina DAP atau dizalimi umno yg mengaku islam?

    satu contoh cukuplah tk payah isu yg lain:-

    anwar yg islam dizalimi umno yg mengaku islam dan melayu selama 15 tahun dan dipenjara 2 kali. DAP ada menyebabkan seorg melayu dizalimi dan dipenjara?

    contoh 2:

    ketika Nabi saw baginda dibaling batu hingga meleleh darah ke kaki oleh kafir Taif. Adakah Nabi saw memutus hubungan atau merelakan malaikat membalakan mereka? Apa jawab Nabi saw.,’mereka tidak tahu (belum terima hidayah) tapi insyaallah anak cucu mereka menerima Islam’. Ternyata mulut penuh barakah Baginda saw makbul, anak cucu kafir Taif menjadi pejuang islam.
    * mohon pencerahan ust2 jika kisah hamba tulis ini silap

    Mungkin hari ini DAP adalah Cina bukan islam, siapa tahu anak cucu mereka menjadi pejuang islam?

    Kisah TGNA bantu keluaga cina yg rosak kereta satu kisah kecil. tapi menjadi viral yg mengharukan. rasanya kisah itu akan disampaikan oleh keluarga cina tersebut hingga ke anak cucu. Tidak mustahil anak cucu mereka menjadi islam berkat pebuatan mulia yg sekecil itu dpd TGNA, murabbi yg bijaksana

    dan apakah tidak mungkin org2 cina DAP sekarang yg ikhlas akan berkata kpd anak cucu mereka, jgn dekati ulamak yg berserban jubah, mereka itu tidak boleh dipercaya dan memusuhi kita walhal kita tk pernah menzalimi mereka seperti bangsa mereka sendiri(umno).

    Menjwablah kita dihadapan Allah nanti.

    Astaghfirullah

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *