5 Gambar ‘teori’ menarik runtuhan di Bukit Bintang

Dua lubang besar dan dalam yang terbentuk akibat kejadian tanah mendap di persimpangan Jalan Pudu dan Jalan Hang Tuah, Bukit Bintang  mencetuskan gambar-gambar kreatif yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia.

Gambar-gambar berunsur sindiran tersebar di laman rangkaian sosial seperti Twitter, Facebook dan juga aplikasi WhatsApp.

Salah satu gambar berkaitan runtuhan yang tersebar secara meluas ialah gambar raksasa fiksyen Jepun Godzilla. Watak-watak fiksyen yang lain telah berada di lokasi kejadian adalah King Kong, Transformers, Ultraman dan Loki.

Bukit_Bintang_Theories2 Bukit_Bintang_Theories1 Bukit_Bintang_Theories3 Bukit_Bintang_Theories4 Bukit_Bintang_Theories5Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata terowong bawah tanah itu, yang merupakan sebahagian daripada projek laluan bawah tanah Pudu oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) runtuh dua kali kira-kira pukul 10.38 pagi dan 12.20 tengahari Rabu.

Sumber gambar – Astro Awani

Artikel Berkaitan

Apa Kata Anda

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *