Mat Said, MB Terengganu membuat tawaran hebat kepada orang Marang sekiranya Haji Hadi kalah di Marang dalam PRU akan datang.
Sebuah litar motorcross akan dibina dan Mat Said akan menyokong cadangan untuk membangunkan kawasan berbukit bukau di Gong Cempedak di sini, menjadi sebuah litar tetap kejohanan lumba motor lasak pada masa akan datang. Ditambah lagi penyedap cerita “akan diteruskan dan dijadikan sebagai acara tahunan”.
Perkataan ‘akan’ begitu popular menjelang pilihanraya. Semua pihak akan menggunakan ‘akan’ sebagai modal dan akan menjadi atau tidak belum tentu!!
Sebelum ini tawaran ‘hebat’ datang dari Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita Terengganu, Datuk Yahya Khatib Mohamad yang akan membina kem tentera di Marang, yang akan menempatkan 5,000 anggota tentera.
Kerajaan negeri telah meluluskan kawasan seluas 800 hektar di Kampung Tebuang Jenang bagi pembinaan kem berkenaan. Cara untuk menambah undi pos di Marang!!
Tawaran masjid juga modal pilihanraya. Yahya berkata kerajaan negeri juga telah meluluskan pembinaan sebuah masjid baru berharga RM5 juta yang dapat menampung lebih 1,000 jemaah tahun ini di kampung Pengkalan Berangan, juga di Marang. Institut Latihan Perindustrian (ILP) juga terdapat di Marang.
Nampaknya UMNO begitu bersungguh-sungguh mengumpan modal untuk mendapatkan semula Marang dari Haji Hadi Awang. Tentu Haji Hadi bersedia dengan tawarannya juga untuk PAS kembali memerintah Terengganu.



Komen Terkini