Tarikh Pembayaran Bonus 2 Bulan Gaji Untuk Penjawat Awam Selangor

Tuah penjawat awam Selangor menjelang ketibaan Aidilfitri. Ini kerana MB Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini mengumumkan bantuan khas kewangan sebanyak 2 bulan gaji kepada kakitangan kerajaan negeri.

Seramai 17,703 penjawat awam Selangor bakal menerima bantuan kewangan khas itu yang membabitkan peruntukan RM63.3 juta dan akan dibayar pada 21 Jun ini.

Azmin berkata ia sebagai anda penghargaan kepada penjawat awam di atas komitmen dan dedikasi mereka dalam memaju dan membangunkan negeri Selangor serta prestasi kewangan semasa.

Menurut Azmin lagi kerajaan negeri Selangor turut bercadang memberikan 1 lagi insentif kewangan kepada penjawat awam pada penghujung tahun ini, namun ia tertakluk kepada prestasi jabatan dan ahli perkhidmatan awam negeri.

Artikel Berkaitan

Apa Kata Anda

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *