SHARE

Guru yang kehilangan telefon bimbit yang menjadi punca kematian seorang pelajar kerana membunuh diri di Pulau Pinang sukar dikaitkan dengan perbuatan jenayah mengikut Kanun Keseksaan.

Laporan akhbar Berita Harian yang memetik kenyataan pengamal undang-undang, Muhammad Hasif Hassan berkata, tidak wujud sebarang kesalahan jenayah mengaitkan guru itu dengan tindakan pelajar terbabit.

Beliau berkata, laporan berhubung isu itu tidak langsung menyentuh perbuatan fitnah atau menggalakkan tindakan membunuh diri yang boleh dikenakan tindakan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Menurut beliau lagi, ada kemungkinan berlaku kesilapan prosedur pada peringkat sekolah cara menangani isu berkenaan sehingga menyebabkan pelajar itu malu.

Khamis lalu, Vasantha Piriya, 14, meninggal dunia setelah sembilan hari bertarung nyawa ketika mendapatkan rawatan di Hospital Seberang Jaya kerana cuba membunuh diri.

Artikel Berkaitan

BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here