Tahniah Faiz Subri Rangkul Anugerah Puskas 2016

Tahniah Mohd Faiz Subri kerana berjaya dinobat sebagai penjaring gol tercantik dunia  sepanjang 2016 dengan merangkul Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Kini namanya sebaris pemenang terdahulu seperti bintang tersohor, Cristiano Ronaldo dan Neymar.

Faiz, 29 menerima anugerah itu  hasil keunikan sepakan percuma tersebut pada majlis gilang-gemilang di Zurich, awal pagi Selasa waktu di Malaysia.

Menjadi kenangan manis apabila beliau menerima anugerah tersebut daripada bekas penyerang sensasi Brazil, Ronaldo.

“Secara jujur, ia tidak pernah terlintas di fikiran saya bahawa saya akanmencapai ke tahap ini dan berada sebaris  dalam kalangan pemain bola sepak bertaraf dunia di tempat yang hebat ini,” katanya selepas menerima anugerah itu.

Beliau yang meraih 59.46 peratus undi, mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk pasukannya, keluarga dan peminat yang menyokongnya.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah Faiz Subri di kaki juga… tahniah sekali lagi!!

Artikel Berkaitan

Apa Kata Anda

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *