SHARE

Seorang suri rumah kecewa kerana pegawai khas kepada timbalan menteri didakwa gagal membayar sewa rumah.

Memetik laporan Malaysia Gazette, laporan polis dibuat ke atas pegawai tersebut 27 Disember lalu di Balai Polis Nilam Puri, yang gagal membayar sewa rumah berjumlah RM1,950 serta bil elektrik yang tertunggak sebanyak RM2,328.90 dan bil Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) RM5,118.99 sepanjang menyewa rumah itu di Tanjung Chat, Kota Bharu.

Suri rumah, 46 juga mendakwa, pegawai khas berkenaan yang berasal dari Pasir Puteh turut mencuri perabut dalam bilik tidur rumah berkenaan.

Dia mendakwa terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM30,000 untuk membaiki rumah itu yang dikatakan mengalami kerosakan teruk sepanjang pegawai khas berkenaan menyewa.

Antara kerosakan yang dilaporkan ialah lantai, dinding, siling dan bilik air tetapi rumah itu belum siap dibaiki sepenuhnya.

Menurut suri rumah yang tinggal di Kampung Dewan Beta, dekat Kota Bharu itu, beliau bersama suami pergi ke rumah ibu bapa pegawai khas berkenaan di Pasir Puteh untuk menceritakan masalah dihadapinya.

Artikel Berkaitan

BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here