Ustaz_FawwazAda yang suka berkongsi gambar-gambar makanan yang dinikmati dan akan dinikmati di media sosial.

Perbuatan tersebut tidak beradab menurut ajaran Islam. Ia dijelaskan oleh seorang pendakwah bebas, Ustaz Fawwaz Mohd Jan dalam satu rakaman video yang dikongsi di Facebook.

Menurutnya, Islam mementingkan konsep perkongsian dan jika kita menunjuk-nunjuk maka wajib untuk kita berkongsi untuk sama-sama merasai nikmat makanan tersebut.

“Dalam Islam, nabi kata, sekiranya makanan yang kita makan itu dilihat atau dihidu oleh orang lain maka kita wajib beri kepada orang itu makan makanan yang kita tunjuk untuk mereka merasainya bersama.

“Apa yang kita tunjukkan itu boleh menyebabkan orang teringin. Zaman sekarang ini, ramai orang yang buat begini tanpa menyedari kesan terhadap orang lain yang melihatnya,” katanya.

Ia secara tidak langsung boleh mengundang rasa kurang senang rakan-rakan apatah lagi ia boleh menimbulkan keinginan terutamanya bagi wanita yang mengandung, katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar menghentikan tabiat tersebut terutama menerusi aplikasi WhatsApps dan Facebook.

“Mulai hari ini, tolonglah hentikan tabiat suka memasukkan gambar makanan yang kita makan di dalam laman sosial ini,” katanya.

BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here