Suhaimi Baba naik angin!!

WacanaTahniah kepada Sinar Harian kerana satu-satu akhbar yang berani serta aktif mengadakan forum. Kali ini dah kali ke-18 Sinar Harian berjaya melaksakannya. Hari ini wacana dengan tajuknya  “Artis Masuk Politik: Kredibiliti atau Pancing Undi” yang telah berlangsung di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam.

Kali ini juga Suhaimi Baba yang menjadi salah seorang panel forum. Peluang untuknya naik angin dan melepaskan geram kerana filemnya “Tanda Putera” tak berjaya ditayangkan sehingga kini dan pastinya pembangkang akan disalahkan.

“Kita buat filem untuk penonton filem. Yang tak boleh terima filem kenegaraan ini ialah orang-orang dari parti pembangkang. Buat petisyen hentam kami. Berjela-jela dia punya emel sehinggakan filem kenegaraan saya tak boleh ditayangkan. Tapi bila kita buat (filem berbeza) tak boleh terima. Silap dia kepada siapa? Penonton saya boleh terima. Minda mereka terbuka.Tapi orang yang tak tengok filem saya, orang dari parti pembangkang ini, penuh saya punya Facebook, emel saya…dengan dia punya bahasa tak payah cakaplah.” kata Suhaimi Baba – Malaysiakini

Kita hanya jawab kepada artis UMno ini, sekiranya filemnya tak memudharatkan UMno dan tak akan mengurangkan undi UMno dan dapat meningkatkan undi UMno tentu ia dah ditayangkan. Tak perlulah tayangannya akan dibuat selepas selesai PRU nanti.

Melalui wacana itu juga pastinya Suhaimi Baba tak melepaskan peluang memburukkan PAS kerana wacana itu juga disertai Bob Lokman dan Hairie Othman.

“… saya nak nasihat, nak kata Islam adalah satu agama yang menekankan perasaan sayang, bukan kebencian, seperti yang saya lihat dalam Pas.”

Suhaimi Baba juga membidas kenyataan yang menyatakan “berlakon” itu haram. Siapa yang menyatakan haram tak dinyatakan.

“…dulu semasa awal-awal Parlimen ditubuhkan, ramai yang cakap, kalau nak cari pelakon cari di sana. Semua pemimpin parti pembangkang atau kerajaan berlakon di sana, jadi berlakon atau pelakon itu haram, haramlah ahli politik di Parlimen yang menggunakan pendekatan itu. Mereka kena pandai berlakon dan sentiasa perlu berlakon, ikut ilmu fotografi lagi banyak pergerakkan yang dibuat lagi bagus.” – SinarHarian

Tak payahlah bercerita tentang berlakon itu haram. Tak tutup aurat secara sempurna mengikut tuntutan Islam juga haram. Juga tak haramkan kalau Rusdy Ramli dan Nora Nanis berpelukan di atas katil seperti yang disebarkan kini.

Berlakon tak haram, cuma pengarah dan pelakon cacamarba yang membuatnya haram!!

Komen Bernas Pembaca!

Pendapat Bernas Pembaca : “Suhaimi Baba naik angin!!

Pendapat Anda Pula?

Your email address will not be published. Required fields are marked *