SHARE

Pembangkang berjanji untuk mengembalikan subsidi minyak dan memansuhkan tol namun kata Datuk Seri Najib, ia tidak membantu usaha mengekang pencemaran udara kerana kenderaan akan bertambah di jalan raya.

Menurutnya tindakan sedemikian tidak membantu usaha kerajaan menjadikan Malaysia negara bebas karbon menjelang 2050.

“Kami bertekad untuk mencapai pengurangan 45% pencemaran pada 2030 dan mensasarkan bebas karbon menjelang 2050, bukti komitmen kami untuk generasi muda akan datang.

“Inilah komitmen sebenar, bukan janji murahan, seperti yang akan kita dengar daripada ahli politik yang menjanjikan kurang tol dan subsidi minyak.

“Selain tidak mengetahui bagaimana mereka akan membiayai polisi seperti ini, tindakan itu juga akan menyaksikan lebih banyak kereta di atas jalan raya dan menjadikan pelepasan karbon dioksida lebih tinggi sedangkan kita berusaha untuk menurunkan kadarnya,” kata Najib dipetik Free Malaysia Today di PWTC hari ini.

 

Artikel Berkaitan

BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here