Skim_PencenKesatuan pekerja perkhidmatan awam Cuepacs membidas cadangan supaya penjawat awam sendiri membuat sumbangan ke dalam tabung persaraan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP).

Semalam, Ketua Pegawai Eksekutif KWAP Datuk Wan Kamaruzaman Wan Ahmad dipetik akhbar TheSun membayangkan cadangan itu di mana penjawat awam menyumbang sendiri ke dalam KWAP, sama seperti pekerja swasta yang menyumbang ke dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“KWAP baru sahaja ambil alih pengurusan wang pencen dan dia sudah mula bercakap seperti ini,” kata Presiden Cuepacs Azih Muda kepada FMT, kesal dengan langkah itu.

Wan Kamaruzaman berkata demikian kerana menurutnya ada kemungkinan skim pencen yang wujud pada masa ini dimansuhkan kerajaan.

“Kita mungkin perlu bertukar kepada skim seperti KWSP,” katanya.

Azih bagaimanapun berkata Wan Kamaruzaman tidak perlu membuat keputusan bagi pihak kerajaan, dan menambah hak penjawat awam dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.

“Beliau tidak ada kuasa memutuskan sama ada kerajaan perlu mengubah skim persaraan atau tidak,” kata Azih.

KWAP bertanggungjawab menguruskan dana bagi mencapai pulangan melalui pelaburan dalam membantu kerajaan membiayai pencen penjawat awam

Skim tersebut menjamin pembayaran pencen sepanjang hayat berupa setengah daripada gaji terakhir penjawat awam yang bersara pada usia 60.

Sejak November 2015, KWAP mengambil alih tugas pembayaran pencen kepada 700,000 pesara kerajaan. – Free Malaysia Today


Artikel Berkaitan

5 KOMEN

  1. Tak perlu lah kerajaan susah2 bayar pencen.Semuanya merugikan kerajaan jer.Gaji penjawat awam pun sepatutnya kerajaan tak payah bagi.Penjawat awam carilah sendiri duit kalau nak hidup.Penjawat awam kena sedar negara kita ni duit tak ada.Duit dah habis.Kerajaan yang ada ni pun makan hasil pinjaman sahaja.

    • Pemimpin berlagak negara INI Jaya tapi hakikatnya susah muflis..lebih teruk daripda Nigeria

  2. “KWSP adalah adalah tabung persaraan wajib bagi pekerja sektor swasta di negara ini manakala KWAP menguruskan tabung pencen untuk kakitangan awam.”

    KWSP untuk pekerja swasta & KWAP untuk penjawat awam kira adil lah kan. Pekerja swasta bekerja keras sebab gaji kami kecik ke besar ke tetap akan ditolak EPF/Socso belum lagi masuk yang gaji ribu riban kena kejar income tax pula. Penjawat awam bila lagi bekerja keras untuk penolakan KWAP untuk masa depan negara juga kan.

BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here