Siti NurhalizaPoster yang tersebar mendakwa Datuk Siti Nurhaliza Tarudin akan turut menyertai dan memeriahkan himpunan Sayangi Malaysia Hapus Kleptokrasi pada Sabtu ini.

Bagaimanapun Rozi Abdul Razak, pengurus penyanyi itu berkata pihaknya tidak tahu-menahu langsung mengenai kehadiran penyanyi terbabit ke himpunan 14 Okt ini.

Menurutnya, pihak yang sepatutnya menjawab persoalan berkenaan ialah HARAPAN.

“Saya rasa tidak adil kepada Datuk Siti jika saya yang mengulas sebarang kenyataan mengenai perkara ini. Ia harus dilanjutkan terus kepada Pakatan Harapan.

“Mengapa perlu berbuat demikian, atau biar mereka yang menafikan,” katanya kepada Malaysiakini.

Ia berkemungkinan kerana Siti dilihat menyebelahi Pengerusi HARAPAN, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pengerusi DAP Selangor Tony Pua mengesahkan poster berkenaan adalah “palsu.”

Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (ARMADA) Syed Saddiq Abdul Rahman pula meminta orang ramai tidak memfitnah Siti Nurhaliza.

BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here