Siti Nurhaliza berang didakwa guna ubat seks

Penyanyi terkenal, Siti Nurhaliza berang apabila gambarnya digunakan peniaga ubat perangsang seks untuk melariskan jualan.

Siti berkata iklan di Instagram dengan menggunakan gambarnya yang belum bertudung bersama suami Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa mengejutkannya.

“Saya memberi amaran keras kepada peniaga terbabit supaya berhenti menggunakan nama serta gambar saya dan suami,” katanya kepada Kosmo!.

“Ini kerana kami berdua langsung tidak pernah terlibat dengan produk tersebut.

“Jika pihak peniaga tersebut tidak memadamkan gambar serta iklan yang menggunakan nama kami, saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.”

Akhbar itu melaporkan dia dan suaminya diaibkan apabila didakwa, melalui iklan tersebut, menggunakan perangsang seks kerana ada masalah mati pucuk.

Produk tersebut turut dijual di luar negara dengan harga antara RM150 hingga RM200 sebotol dengan 90 biji pil.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *