Pak, Indonesia Juga Silap Gantung Bendera 5 Negara Sukan SEA 2011

Walaupun Presiden dan Naib Presiden Indonesia memaafkan kesilapan Malaysia mencetak bendera republik itu terbalik dalam buku cenderahati rasmi Sukan SEA ke-29, namun pelbagai pihak dan NGO masih marah dan mahu tindakan lebih keras.

Portal Kompasiana.com melaporkan sekurang-kurangnya 5 bendera negara Asean termasuk Malaysia digantung terbalik menjelang Sukan SEA ke-26 di Palembang.

Memetik laporan Free Malaysia Today, bendera-bendera itu dipasang terbalik selama lebih 2 bulan di pelbagai lokasi di Palembang termasuk berhampiran bank, restoran, hospital, universiti dan hotel.

Jalur Gemilang kelihatan dipasang terbalik di Gedung Asuransi, Jalan Jendral Sudirman dengan lambang bulan sabit dan bintang berada di bahagian bawah.

Bendera Myanmar disalah cetak apabila kombinasi biru merah dikibarkan dilokasi sama, sedangkan ia tidak digunakan lagi sejak 21 Oktober 2010. Ketika itu bendera Myanmar sudah pun menggunakan kombinasi kuning, hijau dan merah dengan lambang bintang 5 bucu berwarna putih.

Bendera Vietnam turut dipasang terbalik di depan Hospital Muhammadiyah Plaju. Bendera dengan lambang bintang 5 bucu seharusnya dikibar dengan bucu tunggal di bahagian atas tetapi ia diterbalikkan ke bawah.

Bendera Filipina pula dipasang terbalik apabila bahagian biru yang sepatutnya berada di bahagian atas diterbalikkan ke bawah.

Bendera Timur Leste pula dikibar dengan lambang bintang 5 bucu yang sepatutnya berdekatan tiang, tetapi berubah kedudukan ke depan.

Menurut laporan itu, 5 daripada 8 bendera negara peserta termasuk Malaysia dikibarkan terbalik di depan sebuah institusi pendidikan swasta. Hanya 3 negara terselamat Asean “terselamat” daripada kecuaian, iaitu negara tuan rumah Indonesia, Singapura dan Kemboja.

Artikel Berkaitan

Apa Kata Anda

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *