Utama Hiburan Siar gambar ‘lawak’ PM, Wartawan Melodi digantung tugas

Siar gambar ‘lawak’ PM, Wartawan Melodi digantung tugas

51
0
SHARE

Wartawan dan juga Penolong Penerbit rancangan Melodi terbitan TV3, digantung tugas selepas memuat naik status dan gambar ‘lawak’ PM, Najib Razak di laman Instagram.

Namun tiada pengesahan rasmi Media Prima tentangnya, lapor Free Malaysia Today.

Zuan Azmi atau lebih dikenali Zuanbikinpanas dalam program Melodi memuat naik sekeping gambar Najib yang telah diedit.

Menyedari kesilapan yang dilakukan, dia kemudian memohon maaf.

“Salam hormat kepada semua, dengan seikhlas hati & diiringi rasa rendah diri, saya Zuan Azmi dengan ini ingin sekali lagi memohon maaf atas ketelanjuran tindakan saya dalam bergurau sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan ke atas gambar YB Perdana Menteri Malaysia. Dengan ini saya memohon maaf kepada Dato Seri @najib_razak serta keluarga & mana-mana individu atau rakyat Malaysia yang terkesan dengan posting saya itu,” tulisnya dipetik FMT di laman Instagramnya.

Jelas Zuan lagi, gambar itu diperolehi dari Whatsapp.

“Caption “Amboi posing takmau kalah no” juga bukanlah posting menghina seperti yang didakwa segelintir pihak, namun ianya adalah gurauan & sesuatu yang tidak patut dilakukan keatas pemimpin negara,” jelasnya.

APA KATA ANDA