Struktur dan logo Pakatan Harapan berjaya dimuktamadkan. Berikut senarai yang diumumkan seperti yang dilaporkan Malaysiakini adalah seperti berikut:

Ketua Umum:
Datuk Seri Anwar Ibrahim

Pengerusi:
Tun Dr Mahathir Mohamad

Presiden:
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

Timbalan-Timbalan Presiden:
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Lim Guan Eng
Mohamad Sabu

Naib- Naib Presiden:
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
Datuk Seri Mukhriz Mahathir
YB Chong Chieng Jen
Salahuddin Ayub

Ketua Setiausaha:
Datuk Saifuddin Abdullah

Bendahari:
M Kula Segaran

Pakatan Harapan juga mengumumkan perkara yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari pertama setelah mendapat mandat rakyat pada PRU-14.

  • Menghapuskan GST;
  • Menstabilkan harga petrol;
  • Memberi fokus kepada usaha meringankan beban rakyat;
  • Memulakan proses reformasi institusi secara menyeluruh;
  • Memerangi rasuah hingga ke akar umbi;
  • Menubuhkan Suruhanjaya Siasatan di-Raja skandal 1MDB; dan
  • Memulihkan Felda.

Pakatan Harapan juga berikrar memberi komitmen bahawa proses memohon pengampunan dan pembebasan Anwar akan dimulakan dalam tempoh seminggu selepas Pakatan Harapan membentuk kerajaan.

Artikel Berkaitan

BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here