Home // Fokus // SBPA Terkini -Gaji Gred N17 RM820 Menjadi RM1800

SBPA Terkini -Gaji Gred N17 RM820 Menjadi RM1800

Kakitangan awam jangan seronok dan jangan terkejut dengan tajuk di atas. Itulah permintaan terkini Cuepacs.

Bernama melaporkan Cuepacs hari ini menuntut kerajaan memberi kenaikan gaji antara RM700 hingga RM2,500 untuk Gred 1 hingga Gred 54 yang sepatutnya dikuatkuasakan sejak 1 Januari lalu. Ia ditangguhkan kerana pasukan petugas khas selesai menjalankan semakan.

Kenaikan itu perlu dilaksanakan terlebih dahulu menerusi skim sedia ada iaitu Skim Saraan Malaysia-SSM sebelum sebarang pembaharuan dibuat menerusi SBPA, kata Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman.

Di antara tuntutan Cuepacs ialah;

  • Gred 1 hingga 16 kenaikan-RM700
  • Gred 17 hingga Gred 26 kenaikan-RM1,000
  • Gred 27 hingga Gred 40 kenaikan -RM1,500
  • Gred 41 hingga Gred 48 kenaikan -RM1,800
  • Gred 52 hingga Gred 54 kenaikan -RM2,500

Contoh pengiraan :Mereka yang berada di Gred 17, gaji semasa dalam SSM ialah RM820 perlu dinaikkan sebanyak RM1,000 kepada RM1,800. Wow!!

  • Pekerja gaji maksimum atau berada pada tangga gaji mati perlu dibayar tunggakan kenaikan tahunan selama mana mereka tidak menikmati sebarang kenaikan selain perlu dinaikkan gred.

Contoh pengiraan :Mereka yang sudah terhenti kenaikan gaji sejak lima tahun lepas, sekiranya kenaikan setahun mereka ialah RM100 jadi perlu dibayar tunggakan sebanyak RM500.

  • Mereka yang lulus Penilaian Tahap Kecekapan pada Aras 4 sebelum Disember 2011 perlu diberi kenaikan gaji.

Amacam!! Kalau menjadi kenyataan kakitangan awam tentu seronok sakan….

Tentang kenaikan gaji yang dituntut Cuepacs dirasakan tidak munasabah dan terlampau tinggi serta amat sukar untuk diterima pihak kerajaan. Banyak implikasi inflasi akan timbul!! Kenaikan mendadak harga rumah contohnya.

Namun begitu sekiranya mengambil kira SBPA sebelum ini, kenaikan gaji pegawai peringkat tertinggi yang mendapat kenaikan 100 peratus. Mereka yang bergaji RM30 000 menjadi RM60 000, munasabah pula permintaan Cuepacs itu.

Terima kasih Omar Osman dan Cuepacs kerana begitu tekun dengan tuntutan ini untuk kepentingan pekerja.

Seorang kawan ada berkata, “Omar Osman tu kakitangan sokongan, itulah sebab dia pulun untuk kakitangan sokongan!!” [Pssst -bukan untuk merendah-rendahkan beliau, penting untuk orang seperti beliau menjadi Presiden Cuepacs, mantop!!]

Posted in Fokus and tagged as , ,

6 Comments

  • melayu rempit

    23/02/2012 at 7:43 AM

    mantop……………..

  • lagi wayang kulit dari omar…kah3
    kenapa mula2 dulu kata sumua yg jpa buat ok! bila kakitangan bising, omar konar…mungkin korang bolih lantik pencacai umnonok ini jadi presiden sampai mampos!

    • Apa yg presiden cuepecs buat tu sangat baguslah kemuka tuntutan untuk semua. Dia pun selama ini pegawai tinggi tak anggap penting pun…low class lah..bukan grup ptdlah…, macam2 cabaran. Jgn kata mengata padanya. Teruskan bincang dan tuntut kerana kakitangan peringkat rendah mahupun tinggi perlu penyelarasan terbaik…. via cuepecs lah siapa lagi. tq

  • Gila ar … bkn semua rakyat malaysia kerja kerajaan . Ramai lagi yang kerja susah payah , tp gaji x seberapa . Klau gaji naik macam ni , konfrem barang akan naik .kesian la skit kat orang swasta ni . Kalau performace bagus xpe , ni semua orang tau keje kerajaan kerja macam mana .. adoi2 ..

  • tak payah la mengharap kan cuepacs nih??? belum pernah sekali pun tuntutan cuepacs kerajaan layan…tak caya??? bonus 2 bulan pun dah berbelas tahun tak penah dapat…kerajaan kita cuma bagi apa yang diaorang nak bagi je..bukan apa yang kita nak…ptuih

  • David Ubong Taboh

    07/03/2012 at 7:22 AM

    Jangan mengharap sangat akan sbpa ini. Perumpamaan om putih, ” Old Wine In New Botol”. Faham-faham ajelah gimik politik kot. Berapa kali dah dalam perkhidmatan kita ini, kerajaan layan tuntutan pekerja. Sewaktu pemerintahan Pak Lah dulu, takde lah Cuepec minta, tapi kerajaan Pak Lah dah terdahulu mengamalkan ide rakyat didahulukan. Kalau pun Cueoec yg beria-ia sangat minta, tapi suatu ketika permintaan tak dilayan, gigit hujung jarilah jadinya nanti. Jangan mengharap sangat.Lebih molek kalau kita ini berusaha sendiri spt kembali semula kpd nasihatl pemimpin terdahulu; bertanam sayur ke , berniaga kecil-kecilan ke; apa aja aktiviti yg mampu menambah pendapatan, dah tentu mendatang laba yg dah pasti menenangkan perasaan sendiri. Lagi mulia daripada meminta-minta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge