Home // Berita // SBPA :Gesaan Nurul Izzah dan Pengumuman PM 12 Mac

SBPA :Gesaan Nurul Izzah dan Pengumuman PM 12 Mac

Cuepacs melalui Presidennya Omar Osman telah menuntut upah pekerja yang sepatutnya dituntut melalui skim SBPA. Nampaknya Cuepacs terpaksa bekerja keras menuntut hak ahlinya.

Hari ini tuntutan yang dibuat Cuepacs disokong PKR melalui Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar. Beliau menggesa PM, Datuk Najib Razak mempertimbangkan tuntutan Cuepacs mengenai kenaikan gaji untuk Gred 1 hingga Gred 54.

Relevan dan munasabah kerana wujud ketidakseimbangan antara gaji penjawat awam bergred rendah dan tinggi.

“Menurut maklumat daripada laporan Rangkaian Pentadbiran Awam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Malaysia mempunyai jurang gaji antara yang tertinggi dan yang terendah berbanding negara jiran, iaitu sekitar 19.5:1.

“Ini bermakna, jawatan paling tinggi adalah 19.5 kali lebih tinggi daripada penjawat awam yang paling rendah, justeru saya menyeru agar jurang itu dirapatkan. Kita juga bersedia untuk bekerjasama agar perkara ini dapat dilaksanakan”, kata Nurul Izzah.

Kerajaan juga disaran melakukan semakan gaji kakitangan awam setiap lima tahun bagi memastikan kenaikannya selaras dengan kadar inflasi semasa.

Hari ini Datuk Omar Osman juga mengadakan pertemuan hampir dua jam dengan PM Najib Razak di Putrajaya, juga dihadiri Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Beliau berkata PM Najib Razak dijangka membuat pengumuman yang adil dan saksama berkaitan perkhidmatan awam, termasuk mengenai Skim Saraan Malaysia (SSM) dan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) pada 12 Mac nanti.

Pada 12 Mac nanti, perhimpunan besar-besaranakan diadakan di Stadium Bukit Jalil dengan mengumpul seramai 15,000 penjawat awam dan dihadiri Najib Razak.

Ahhh….Omar Osman terpaksa juga menjadi jurukempen Najib!!

Posted in Berita and tagged as , ,

3 Comments

  • Masalah sekarang ialah apabila seorang yang berkelayakan kurang baik mendapat upah yang tinggi, akan memberi kesan kepada motivasi pelajar sendiri. Mereka berfikir tak payah belajar bersungguh pun dapat gaji besar juga. Ini akan membawa kelemahan kepada sistem pendidikan pada masa akan datang. Pelajar tak perlu lagi ikut displin sekolah , tak payah buat kerja sekolah, tak payah ulangkaji dan ikut suka hati penteng sekolah sebab akedamik bukan lagi ukuran untuk mendapat pendapatan yang besar. Sistem pendidikan akan poak poranda sebab ia bukan lagi sebagai kayu ukur…

  • Slm 1 m’sia…sy lihat perang sbpa dan ssm mmg sengit..perang cuepacs dgn kjaan lg sengit..kjaan xperlu penuhi tuntutan cuepacs yg cube ambil ksempatan smpena pru 13..skrg sbpa xjd dsebabkn cuepacs tamak…semua kakitgn kjaan rugi…yg dikejar xdpt yg dikendong tercicir…kite sharusnya bsyukur dgn apa yg dberi…blajarlah bsyukur….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge