SHARE

Video yang dikongsi pelakon dan pengacara Sazzy Falak menunjukkan dia jatuh terduduk di tangga pentas. Ia berlaku ketika rakaman sebuah rancangan televisyen di Singapura baru-baru ini.

Dia seakan-akan tergelincir ketika menuruni tangga selepas keluar daripada belakang pentas.

Sambil melambaikan tangan, Sazzy yang terjatuh dalam posisi terduduk sempat melunjurkan kaki kirinya ke depan sambil tersenyum.

“Ini insiden jatuh secara epik yang berlaku ketika sesi rakaman #garagaranuruldanshahril.

“Jelas sekali mereka tidak akan menayangkan situasi tersebut kepada semua, tetapi saya fikir ini satu hiburan untuk anda membuktikan bahawa saya seorang yang cuai,” tulisnya dipetik Astro AWANIdi kapsyen video terbabit di Instagram.

Artikel Berkaitan

BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here