Home // Politik // Saya sultan termiskin di dunia, kata Sultan Sulu

Saya sultan termiskin di dunia, kata Sultan Sulu

Jamalul-Kiram-IIIAssociated Press hari ini melaporkan Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III yang berusia 74 tahun adalah sultan termiskin di dunia. Ia diakuinya sendiri.

“Saya adalah sultan termiskin di dunia ini”

Dia hanyalah mempunyai ‘istana’ rumah dua tingkat di Manila. Sultan yang lahir pada 1938 di Sulu dan disayangi rakyatnya. Penggemar sukan tenis dan pernah menjadi DJ radio di Filipina.

Pernah bertanding sebagai senator pad 1997 dengan sokongan bekas Presiden Gloria Macapagal Arroyo dan kalah. Hartanya habis kerana kempen tersebut.

Kiram mempunyai anak perempuan bernama Jaycel berusia 35 tahun.

Kejayaan Kiram hanyalah gelaran Sultan yang ada pada namanya dan pengikut yang menceroboh Sabah.

Kesihatannya juga semakin buruk kerana sakit buah pinggang dan jantung serta sukar untuk bercakap.

Dia juga mengakui berkunjung ke Sabah sewaktu muda dan merasa seperti kampung halamannya sendiri. Perjalanan Sabah-Sulu hanya 30 minit menggunakan kapal.

Sultan Sulu ingin melihat kerajaan Filipina menuntut kembali Sabah.

Namun begitu, Sinar Harian melaporkan Sultan Jamalul Kiram III bukan Sultan Sulu sebenar. Ini kerana Sultan tersebut bukan keturunan kepada sembilan “waris sah” Jamalul Kiram II seperti yang tercatat dalam “Penghakiman Macaskie” 1939. Rujuk SH

Iklan Teks:
Cari @ Iklan @ Jual produk @ barang @ khidmat anda di sini, KLIK!!

EkELEH.COM

Grab this Headline Animator

Apa kata anda?

komentar peribadi FB

Posted in Politik and tagged as ,

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>