SHARE

“Puan Fathia…. saya ucap terima kasihlah, kerana mempertahankan saya. InsyaALLAH kita akan dapat kemenangan akhirnya.

“Saya kagum dengan keberanian Puan Fathia membuat kenyataan seperti itu kerana kita tahu apa Najib akan buat. Terima kasih,” ujar Tun Mahathir melalui video 28 saat di akaun Twitternya.

Ia susulun pelakon Fathia Latif yang mempersoalkan siasatan RCI Forex ke atas Dr Mahathir.

Fathia turut membalas ucapan tersebut dengan menyatakan kesediahnnya apabila bekas perdana menteri itu tidak dihargai.

“Saya lebih kagum dengan Tun, mempertahankan maruah negara walaupun ramai yang sudah lupa pada sumbangan Tun (Dr Mahathir) yang tiada nilai dengan wang ringgit.

“Saya juga sedih dengan segilintir manusia yang tak menghargainya. Tetapi tidak mengapa, orang yang tidak buta hati masih dapat menilai,InsyaALLAH,” tulisnya dipetik Sinar Harian.

Sebelum itu Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff mempersoalkan mengapa selepas berpuluh-puluh tahun baru isu itu dibangkitkan semula.

“Selepas berpuluh-puluh tahun Tun (Dr Mahathir) berkhidmat pada negara baru nak dakwa? Inilah dinamakan ‘bijak’?” soalnya.

Tidak hanya itu, menerusi statusnya Fathia berkata, jika ‘ingin membuka cerita lama’, siasatan patut juga dibuat terhadap dakwaan ‘sejumlah wang yang dimasukkan ke akaun peribadi individu tertentu’.

“Siasatan perlu dibuat dan ‘keputusannya’ didedahkan kepada umum kerana masih ada persoalan yang tidak dijawab sepenuhnya. Setuju?” soalnya di Twitter.

Artikel Berkaitan

BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here