SHARE

Ramai-ramai wanita isteri orang juga yang dilarikan.

Polis akan menyisat kes seorang didakwa berpangkat Sarjan Mejar yang bertugas sebuah balai di Selangor melarikan isteri pengadu.

Dakwaan itu viral di media sosial selepas pengadu memuat naik gambar isterinya dan anggota polis itu sejak Jumaat lalu.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Datuk Gan Tian Kee, pihaknya menerima beberapa laporan polis dibuat suami wanita berusia 31 tahun itu, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian, Ipoh.

Laporan polis turut dibuat anggota polis terbabit dan wanita berkenaan.

Jumaat lalu, pemilik akaun, Azam Sniper mendakwa isterinya, Ariyani atau Lily dilarikan anggota polis berpangkat sarjan mejar yang bertugas, di sebuah balai polis di Selangor.

Dia meminta orang ramai yang mendakwa melihat isterinya yang kini menyewa di sebuah bilik di beberapa lokasi di Pahang, agar menghubunginya.

Artikel Berkaitan

BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here