Saranan ‘Boleh Pakai’ Daripada Rani Kulup

Rani KulupSambutan Hari Kebangsaan, ulang tahun kemerdekaan ke-60 kurang 2 minggu. Berapa banyak bendera di kenderaan-kenderaan dan bangunan-bangunan yang boleh anda lihat? Boleh dikatakan tidak ada!!

Apa puncanya? Sejarawan Tan Sri Dr Khoo Kay Kim dipetik Free Malaysia Today berkata generasi Y buta sejarah. Rasanya tidak juga kerana generasi terdahulu, V,W,X juga tidak memasang bendera.

Tan Sri Dr Khoo juga berkata Menteri, ahli politik, baik dari kerajaan atau pembangkang, mereka hanya menjaga kepentingan diri sendiri. Mereka sendiri pun tidak faham erti kemerdekaan dan tidak menunjukkan contoh yang baik.

Sebelum ini Rani Kulup menyarankan orang ramai memasang bendera dan jangan harap yang free sahaja.

“Saya memang tak puas hati bila orang tidak pasang bendera, tak semangat langsung nak sambut Hari Kemerdekaan. Janganlah tunggu bendera percuma saja, pasanglah bendera.

“Mana hilang semangat kemerdekaan? Belilah bendera, kibarkan, bukannya mahal pun harga bendera. Lupakan parti politik semua, raikan Hari Kemerdekaan bersama-sama.

“Saya mengajak rakyat Malaysia bangkit dan semarakkan Hari Kemerdekaan. Hargailah pengorbanan pejuang terdahulu yang mempertaruhkan nyawa demi kedaulatan negara,” katanya kepada Sinar Harian.

Dapat free pun orang tidak pasang. Puncanya rakyat atau orang ramai sememang tidak mahu pasang bendera. Puncanya… masing-masing boleh tanya diri…

Artikel Berkaitan

Apa Kata Anda

One thought on “Saranan ‘Boleh Pakai’ Daripada Rani Kulup

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *