SHARE

Kenyataan Amir Shariffuddin Bin Abd Raub yang ditangkap dan disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kes rasuah melibatkan Exco negeri Johor tersebar di internet.

Apa yang menarik perhatian dalam muka surat 53 hingga 54 kertas siasatan setebal hampir 150 muka surat itu, Amir mengaku banyak kali menyerahkan beg-beg berisi wang tunai berjumlah RM1 juta dan RM700,000 kepada Menteri Besar Johor.

Dalam kertas itu, Amir mendakwa, dia sendiri telah menyerahkan wang tunai berjumlah RM1 juta dan RM700,000 kepada MB Johor yang diisi dalam sebuah begpack di Pejabat Perhubungan Umno Negeri Johor pada tarikh-tarikh berikut:

16 April 2014 — RM1 juta
1 Oktober 2014 — RM1 juta
20 Oktober 2014 — RM1 juta
2 Disember 2014 — RM1 juta
17 Jun 2015 — RM700,000

Amir turut mengakui ada menyerahkan wang dalam bentuk cek kepada Menteri Besar Johor dan mengesahkan bawa segala sumbangan yang diberikan itu adalah kerana Datuk MB telah membantu dalam memudahkan kelulusan permohonan penukaran status bumi kepada non-bumi dan pengurangan caj penalti 7.5 peratus bagi projek-projek dipohon oleh Scientex Sdn Bhd.

Aku jumpa kertas siasatan ni selepas terbaca laporan berita ADUN Senai kena halau keluar dewan kerana mempersoalkan penglibatan MB Johor dengan kes rasuah exco kanannya — Malaysiakini

Banyak lagi maklumat rasuah secara terperinci dalam kertas siasatan itu, tapi oleh kerana aku nampak ada tulis “rahsia” jadi aku tak jadi nak dedahkan kepada umum sebab kurang arif tentang isu perundangan berkenaan kertas tersebut. – Milosuam

Artikel Berkaitan

BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here