“Rumahtangga Makin Bergolak Sebab Orang Luar”- Hafiz Hamidun

Hafiz HamidunMenyedari pelbagai tomahan dan spekulasi mengenai kemelut rumah tangganya, Hafiz Hamidun akui kekusutan yang timbul adalah kerana campur tangan pihak luar didalam perkahwinanya. Malah Hafiz memberitahu beliau tidak menyindir sesiapa di laman sosial tetapi sebagai manusia biasa beliau tidak dapat lari dari perasaan marah.

“Saya belum membuat sebarang kenyataan rasmi berhubung isu ini, namun ia dimanipulasi oleh pihak tertentu sehingga menjadikan perkara ini semakin rumit. Saya sebenarnya tidak merancang untuk membuat sebarang sidang media sekiranya tidak perlu. Ini kerana kisah rumah tangga adalah hal peribadi dan tidak harus diceritakan”

“Mengulas mengenai hal agama, saya mengakui masih banyak yang perlu dipelajari. Namun, apabila didorong dengan hasad dengki, pelbagai perkara boleh berlaku,” jelasnya kepada Berita Harian Online berhubung dengan kontroversi rumah tangganya yang semakin tegang di media sosial.

Sejak perbalahan mereka di Instagram baru-baru ini, ramai mula membuat teori tersendiri mengenai pergolakkan rumah tangga mereka. Pastinya soal batin menjadi bualan peminat mengenai punca segalanya. Tidak kurang juga yang menyelar sikap Hafiz yang ‘acah-acah’ ustaz memberi kata-kata motivasi tetapi rumah tangga sendiri tidak terurus.

Memang hebat orang kita kalau menjatuhkan hukum kepada seseorang. Apa yang pasti hanya Hafiz dan isteri sahaja yang lebih mengetahui apa sebenarnya yang terjadi diantara mereka. Kalau boleh adik beradik pasangan tidak perlulah menambahkan api yang sedang membara, biar sahaja mereka menyelesaikan rumah tangga sendiri. – Rotikaya

Artikel Berkaitan

Apa Kata Anda

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *