SHARE

Harga_Minyak_MacDesas desus bertiup kencang bahawa harga petrol berkemungkinan akan berbalik kepada harga pada Januari tahun ini berikutan harga minyak mentah dunia berada di paras yang sama awal tahun ini.

Keadaan itu berkemungkinan akan menjadikan harga RON95 naik semula RM1.90 seliter sekiranya kerajaan mengumumkan harga pasaran apungan untuk Mac.

Peningkatan harga bahan api itu, berbanding dengan apa yang dinikmati oleh pengguna pada bulan ini adalah disebabkan oleh penanda aras global Brent di mana harga mentah kini berlegar sekitar AS$60 (RM216.50) – berbanding kira-kira AS$48 pada bulan Januari.

RON97 juga dijangka akan meningkat setelah mencatatkan penurunan harga kepada RM2 seliter bulan ini. Perkara sama juga mungkin akan dikuatkuasakan kepada diesel yang mana harga terkini adalah RM1.70 seliter. – The Rakyat Post

Artikel Berkaitan

BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here