Rekod KKM – Angka Mengejutkan Tentang Pelajar Hamil

Pelajar Hamil

Rekod Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan angka yang mengejutkan apabila seramai 13,381 remaja hamil pada tahun 2015.

Penolong pengarah kanan Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan Kementerian Pendidikan berkata 3,980 daripada mereka belum berkahwin.

Noor Azizan Abd Hadi berkata daripada jumlah itu, 1,100 individu masih bersekolah manakala 2,880 tidak lagi bersekolah, lapor Malay Mail Online yang memetik laporan Harian Metro.

Namun, akhbar itu tidak menyatakan status baki remaja yang hamil.

Menurutnya, Facebook dan WeChat antara medium paling kerap digunakan remaja bawah umur untuk berkomunikasi dengan pasangan masing-masing sebelum terlanjur.

“Pengetahuan dan kesedaran remaja mengenai salah laku seksual pada tahap sederhana sekaligus mendorong dan menjadi punca remaja bawah umur terdedah seks bebas,” katanya.

Artikel Berkaitan

Apa Kata Anda

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *