SHARE

BN Terengganu berhasrat menghadiahkan 8 kerusi Parlimen kepada DS Najib termasuk kerusi yang disandang Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang iaitu Parlimen Marang pada PRU14.

Ia disuarakan Pengerusi BN Terangganu, Datuk Seri Ahmad Razif yang komited ingin menawan empat kerusi Parlimen yang belum dimenangi BN selain mengekalkan empat kerusi sedia ada.

Kita akan gempur dan tawan empat Parlimen yang kita belum menang iaitu Parlimen Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Marang dan Dungun.

“Jadi empat Parlimen ini kita akan gempur untuk memastikan InsyaAllah kita akan hadiahkan lapan Parlimen kepada presiden BN,” katanya pada sidang media selepas Himpunan Warga Kota Putera, Besut Terengganu di Kompleks YJN Bukit OUG, Bukit Jalil, di sini, hari ini.

Artikel Berkaitan

BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here