Cikgu_Erin“Hentikanlah perjuangan yang sia-sia ini, bagi saya tiada gunanya jika mereka mengheret kes ini ke mahkamah, kerana ia tidak mampu menjernihkan keadaan sebaliknya ibarat mimpi ngeri kepada semua golongan mak nyáh di Malaysia.

“Malaysia sebuah negara Islam, masyarakat memang akan menentang golongan tránsgender dan ini hanya akan menjejaskan reputasi dan nama baik negara ini.”

Luahan dan nasihat Mohd Khariri Mohamad Ramli, bekas mak nyáh yang kini merupakan penceramah motivasi dan guru kepada golongan tránsgender yang menuntut hak mengarut mereka.

Golongan berkenaan menuntut hak untuk berpakaian seperti wanita di tempat awam dibenarkan mengikut undang-undang.

Cikgu Khariri yang lebih mesra dengan panggilan Cikgu Erin mendakwa dia mengenali beberapa individu yang mencabar keputusan mahkamah tersebut dan yakin ada di antara mereka enggan membayar denda hanya kerana dendam lama dan rasa amarah akibat ditahan oleh pihak berkuasa sebelum ini.

“Sepatutnya ketika hukuman dijatuhkan, mereka perlu membayar denda. Tetapi mereka sengaja ‘bermain api’ dan ingin mencabar keputusan mahkamah.

“Bagi saya kes ini telah dimanipulasikan oleh mereka yang pernah ditahan akibat dendam lama. Tiada gunanya jika mereka masih lagi berkeras sebab ia tidak ke mana, lebih baik mereka bayar sahaja kompaun supaya kes ini tidak berlarutan,” katanya di petik mStar.

Nak menuntut hak mengarut berpakaian wanita di tempat awam? Agak-agaknya pintu tandas awam mana yang akan mereka masuk sekiranya nak melepas!!

BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here