SHARE

Kerajaan akan bertindak sekiranya harga petrol RON95 dan diesel melebihi RM2.50 seliter selama 3 bulan berturut-turut.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, “tindakan sewajarnya” akan dikenalpasti untuk mengurangkan kesan kenaikan, jika harga runcit RON95 dan diesel melebihi RM2.50 seliter secara berterusan selama 3 bulan.

Memetik laporan FMT, kenyataan tersebut berkata langkah itu tidak akan membebankan rakyat, selain memastikan kadar inflasi terkawal dalam jangka sederhana serta panjang.

“Kerajaan prihatin dan memahami kesan kenaikan harga minyak mentah global yang kini melebihi AS$60 (RM250) setong.

“Pada masa ini, kerajaan sudah melaksanakan langkah rasionalisasi subsidi produk petroleum mengikut trend kenaikan atau penurunan harga minyak mentah dunia.

“Langkah ini berjaya mengurangkan ketirisan dan memastikan pemberian subsidi bersasar,” kata kementerian itu.

Kerajaan kini menetapkan harga runcit minyak setiap minggu menggunakan mekanisme penetapan harga automatik.

“Mekanisme penetapan adalah secara mingguan dengan purata perubahan kos produk petroleum minggu sebelumnya akan menentukan harga bagi minggu berikutnya.

“Sekiranya harga minyak mentah dunia naik, harga runcit produk petroleum juga akan naik, sebaliknya harga runcit akan berkurangan jika harga minyak mentah dunia turun.

“Bagaimanapun, kerajaan masih memberi subsidi kepada sektor pengangkutan awam dan nelayan, di samping gas memasak.”

Minyak mentah Brent kini berada pada paras AS$62.31 (RM258.37) setong.

Artikel Berkaitan

BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here