Rakyat Malaysia cemburukan kami – Warga Asing di KL

Kenyataan ini boleh membuatkan rakyat Malaysia semakin tidak berpuas hati dengan peniaga warga asing di Kuala Lumpur.

Mereka yang menjalankan perniagaan di Jalan Masjid India mendakwa rakyat Malaysia “cemburu dengan kejayaan mereka” dan tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyenaraikan 23 jenis perniagaan yang dilarang kepada mereka merupakan tindakan diskriminasi.

Melalui laporan Malay Mail Online, seorang warga Bangladesh, Mohsin berkata rakyat Malaysia “tidak berpuas hati” melihat kerancakan perniagaan mereka.

“Anda tidak mahukan kerja ini. Tiada rakyat Malaysia berminat untuk memenuhi keperluan masyarakat kami. Sebab itulah kami buka kedai sendiri,” katanya.

“Sekarang apabila anda lihat perniagaan kami maju, pihak berkuasa negara anda cuba rampas daripada kami.”

Mohsin juga mempertahankan haknya berniaga walaupun tidak mempunyai lesen dengan alasan sudah menjadi kelaziman peniaga di kawasan itu menggunakan lesen pihak lain.

Seorang lagi warga Bangladesh, dikenali Shah, berkata peraturan baru DBKL itu “tidak adil” dan percubaan mengambil alih perniagaan mereka yang lumayan.

“Kedai-kedai kami bertujuan memenuhi permintaan orang kami dan kami mengimport barangan yang sedia ada dari sana,” katanya.

“Kami tidak mengganggu sesiapa, jadi kenapa anda memaksa kami lari dari sini?

“Tanpa kami, komuniti kami terpaksa membeli barangan dengan harga lebih tinggi. Mereka pasti tidak dapat menampung kenaikan kos sara hidup.”

Dalam pada itu, beberapa peniaga tempatan menyokong tindakan DBKL yang mahu menghadkan peniaga-peniaga asing seperti yang diperkenalkan di negara-negara lain.

Artikel Berkaitan

Apa Kata Anda

One thought on “Rakyat Malaysia cemburukan kami – Warga Asing di KL

  1. kurang ajar pnya bangla…dtg tempat orang kurang ajar…ini lah sbbnye knpa rakyat tak suka kerajaan import warga asing ramai2…bila dah ramai pijak kepala…oiiiii bangla kamu dtg sini hanya utk bekerja mkn gaji bknnye buka bisnes jadi taukeh

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *