Punca Kereta Jururawat Dipasang Bom Oleh Bekas Kekasih

Sebelum ini seorang jururawat terkejut setelah menemui bom buatan sendiri yang dipasang di bahagian bawah keretanya. Kejadian dilaporkan berlaku di Kapar, Klang.

Pihak polis kini menahan reman seorang lelaki dipercayai bekas kekasih kerana insiden tersebut.

Menurut Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Ab Rashid Ab Wahab, siasatan awal mengesyaki perbuatan lelaki yang bekerja sebagai juruteknik, bertujuan mengugut bekas kekasihnya yang tidak melunaskan pinjaman bulanan bank bagi kereta tersebut.

Ini kerana lelaki berumur 27 tahun itu menjadi penjamin bagi pinjaman bank berkenaan dan dia tidak berpuas hati dengan sikap bekas teman wanitanya itu.

“Setakat ini, siasatan awal menunjukkan tindakan lelaki itu adalah sebagai ugutan malah pembuatan bom yang dipasangnya juga bukanlah seperti pakar.

“Mungkin sekadar ditiru daripada laman sosial,” katanya kepada pemberita semalam.

Artikel Berkaitan

Apa Kata Anda

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *